Saturday, February 26, 2011

balik rumah...

Bangun pada sekitar jam 8.30 pagi memang nyaman sekali. Ditambah pulak dengan perasaan tak sabar nak balik rumah habiskan weekend aku bersama family aku. Kerja yang bertimbun aku lupakan sementara. Persetankan semuanya, pergi, nyah kau dari sisiku, go away.. Kerana kerja lah, aku demam teruk semalam sampai aku kena postpone midterm exam aku.


Aku bersiap ala kadar je nak balik sebab cuti bukan lama, cuti weekend je. Kan dah cakap tadi, korang lupa lah tu. Macamlah aku tak tau. Ok, lepas siap2 tak banyak cerita aku terus ke bus stand. Sampai je, pergh!!! awek poli ramai la siot. Dan seperti biasa, muka sedang2 ni jugak yang diorang pandang. Pandang2 senyum2 malu. Geram je aku tengok sekor-sekor.


Dalam bas, aku cari nombor seat aku.. Dah jumpa, dari jauh aku dah perhati sorang makcik pakai tudung hitam. "Haishh, makcik pun makcik lah" kata aku. Sebelum duduk aku bagi satu french kiss kat makcik tu, eh silap! Aku senyum kat makcik tu walaupun harapan untuk dia jadikan aku sebagai menantu adalah amat tipis sekali. Makcik tu senyum balik kat aku dan cepat2 alihkan pandangan ke luar tingkap bas. Harapan aku masih ada agaknya. Macam biasa dalam bas, aku layan lagu kat dalam henpon aku. Dan macam biasa jugak lepas 10 minit, lagu yang layan aku pulak. Tengah syok tido tu ada jugak aku tersedar. Aku toleh kat makcik sebelah aku, dia dok pandang je ke luar tingkap. Aku buat tak tau je, maybe dia tak sabar nak balik rumah lepas tu cepat2 jodohkan anak perempuan dia dengan aku kot.


Setelah hampir 4 jam journey, sampai jugak aku kat kluang ni. Aku terus call mak aku suruh dia tolong ambik aku. Dan tak lama tu dia sampai. "Hello mother, how are you today?" Saja aku cakap omputeh kat mak aku. Mak aku senyum je. Tenang hati aku tengok mak aku senyum. Tapi, senyum dia lama sangat. Aku tanya lah "mother, why you didn't stop smiling?" Mak aku pun jawab, "Kau ni buat malu betul lah, seluar kau tu tak zip!"




Gampang!!!




Terus aku teringat kat awek2 poli yang pandang2 senyum2 kat aku dengan makcik sebelah aku masa dalam bas tadi. Jatuhlah saham aku. Demmit!. Aku nak pakai tracksuit je lepas ni, tah payah nak zip2 bagai. Bangang punya orang yang reka seluar, ngada2 nak letak zip. Tak letak tak boleh agaknya. Pelik aku. Nasib baik aku pakai boxer. Bodoh.







P/s : Kepada makcik tadi, harap2 dia tak batalkan niat dia nak jodohkan anak perempuan dia dengan aku.


 
 

3 comments:

  1. kahkahkah...
    bangang nye kecik...
    dari dlu sampai skang sama je prangai ko...
    time nk g klas kne tye dlu...
    "ko da zip sluar blom?"...
    hahahaha...
    nmpknye...mkcik tu jdohan ank dia ngan aku la...
    hahahahaha...

    ReplyDelete
  2. kau mmg asik lupa nak zip suar ko kan??
    da 2 kali kot kantoi ngn aku! gagaga...
    =P

    ReplyDelete