Sunday, October 9, 2011

091011

Hari ni 09/10/11. Cantik tak tarikh ni? Cantik kan. Tersusun je nombor dia. Aku tak perasan memula tapi ada sorang budak ni post kat status fb dia. So, aku pun nak tulis jugaklah tapi bukan dekat fb tapi dekat sini since aku pun dah lama tak post apa-apa kat blog ni. Sorry sebab dah lama tak tulis cerita merapu kat sini.

Kali ni aku taknak merapu. Aku serius. Muka tengah serius macam hero-hero hindustan nak pi kalahkan musuh yang dok pi kacau awek dia. Tak pun macam hero-hero tamil nak buat tendangan sambil terbang tipu-tipu kat dada musuh dia. Terbang pakai kain putih tapi tak terselak pulak aih. Nasib tak terselak, kalau terselak mau tersedak aku kat depan tibi tu.

Aku cakap apa tadi? Oh, aku serius. Ok, kali ni betul-betul serius. Aku tanya lagi sekali, tarikh ni cantik kan? Tapi perangai aku yang tak berapa nak cantik. Aku tak tau kenapa aku boleh jadi kejam sampai macam ni sekali. Tarikh ni tarikh harijadi awek aku. Nak tau apa hadiah aku bagi kat dia?







Putus...






Aku memang akan ingat tarikh ni sebab hari ni aku dah jadi seorang yang kejam.









P/s : Aku ingat aku nak tutup blog ni tak lama lagi. Bukan aku nak tengok komen korang merayu cakap "abang hensem, janganlah tutup blog ni" tapi aku rasa aku memang nak tutup. Banyak yang aku kena fikirkan sekarang ni. Lagi pun blog ni bukan ada ramai followers. Aku pun tak penah bagitau sape-sape pasal kewujudan blog ni selain dari orang-orang yang rapat dengan aku.

Friday, June 17, 2011

10 Perkara Pasal Aku

1. Aku tau mak aku tak suka aku hisap rokok, tapi aku hisap jugak
2. Aku suka pakai seluar pendek bila nak keluar
3. Aku tak suka dengan henpon baru aku sebab tak reti sangat nak guna
4. Aku suka tengok awek-awek cute. Hahah !
5. Kawan-kawan aku masa kat kolej dengan masa kat universiti semua best-best
6. Aku suka teh ais
7. Aku baru beli cookies homemade yang kawan aku buat. Sedap gila cookies dia
8. Aku tak suka dengan anak orang kaya yang berlagak, poyo tu semua
9. Aku dah masuk final year kat sini

Lastly,




10. Aku ada quiz esok tapi haram satu apa pun tak study lagi ni !

Wednesday, June 15, 2011

???

Minggu ni kelas aku cuma hari isnin je.
Hari lain semua cancel.
Asyik tido je bosan la macam ni tak tahu nak buat apa...



Aku tengah marah ni !


Betul tak tipu...

Friday, April 8, 2011

Tuesday, March 8, 2011

Bila lepak food court Harmoni, ni la jadinya..

Sori lah gua dah lame tak update blog gua. Bukan ape, gua saje nak kasi lu orang rindu kat gua. Kalau tak rindu gua malas nak update lagi dah lepas ni. Heh, gua sentap?? gua? gua cool lah bai, tak main lah nak sentap2 ni. Ok, dah cukup la gua rasa intro gua ni walaupun merepek.

Tadi, dengan lemah longlai gua baru balik dari kelas ganti (celaka, berapa banyak ntah kelas ganti sem ni) gua terus campak beg gua, tukar baju, dan terus ke rumah sebelah ajak member gua, Apis lepak food court kat bawah blok. Sebelum tu, gua lintas depan cermin kat hall, terkesima kejap tengok muka gua. Ok, macam biasa, hensem!

Bila orang bujang ni lepak, macam biasalah isu yang selalu diketengahkan pasal bola. Lepas tu masuk bab band. Tapi topik yang takkan lari bila kitorang lepak adalah pasal agama awek sebenarnya. Aku bila dah masuk bab2 ni memang aku down. Tengah cakap pasal awek, tapi aku sendiri single, mana tak down bai. Lu cakap dengan gua sekarang.

Tengah2 sembang tu, tiba2 satu ayat slipped out dari mulut gua. Cinta takkan datang kalau tak dicari, dan cinta akan lari kalau kita mencari. Lebih kurang macam tu lah. Gua pun pelik macam mana abang teruna lagi kesepian macam gua ni boleh cakap macam ada banyak pengalaman dalam bab2 ni. Lepas cakap tu tadi, member gua terdiam, gua pandang balik apehal lu pandang gua macam tu? Member gua terus gelakkan gua. Lahabau betul. Tapi kalau cuba pikirkan balik satu2 ayat tadi, (Cinta takkan datang kalau tak dicari). Memang betul, cinta kita kena cari. Sebab kalau tak cari, memang takkan dapat lah. Muka lu jambu macam gay2 korea tu takkan menjamin lu orang akan dapat awek hot macam Hana Tajima. Dengan sape lu orang nak bercinta? itu lu pandai2 pilih sendiri dengan sape lu nak bercinta. (Cinta akan lari kalau kita mencari) haa yang ni pun selalu jadi. Serious shit benda ni penah jadi kat gua. Gua penah suka kat sorang awek, gua perabih duit call dia tak cukup tu bila credit dah abis gua siap rembat kat maxis buat S.O.S topup. Siap tu, ada satu event kat U gua, gua bagi dia hadiah. Tau2 je dia dapat 3 hadiah dari orang lain gak. Gua terpaksa lah rasa menyesal dengan perbuatan gua, sambil memikirkan macam mana gua nak survive minggu tu sebab duit dah abis beli hadiah.

So, bila kita combinekan dua2 ayat tu tadi, memang jenuh gak lah nak tunggu bila nak dapat pasangan ye dak? Puas memikirkan jalan penyelesaian dan akhirnya tiada apa2 hasil. Nasi goreng ayam member gua pun dah abis. Last2 kitorang pun balik, TIDUR. 










P/s : Tetibe gua rasa nak wish goodnight kat awek yang gua cerita tadi. Agak2 dia reply tak?

Saturday, February 26, 2011

balik rumah...

Bangun pada sekitar jam 8.30 pagi memang nyaman sekali. Ditambah pulak dengan perasaan tak sabar nak balik rumah habiskan weekend aku bersama family aku. Kerja yang bertimbun aku lupakan sementara. Persetankan semuanya, pergi, nyah kau dari sisiku, go away.. Kerana kerja lah, aku demam teruk semalam sampai aku kena postpone midterm exam aku.


Aku bersiap ala kadar je nak balik sebab cuti bukan lama, cuti weekend je. Kan dah cakap tadi, korang lupa lah tu. Macamlah aku tak tau. Ok, lepas siap2 tak banyak cerita aku terus ke bus stand. Sampai je, pergh!!! awek poli ramai la siot. Dan seperti biasa, muka sedang2 ni jugak yang diorang pandang. Pandang2 senyum2 malu. Geram je aku tengok sekor-sekor.


Dalam bas, aku cari nombor seat aku.. Dah jumpa, dari jauh aku dah perhati sorang makcik pakai tudung hitam. "Haishh, makcik pun makcik lah" kata aku. Sebelum duduk aku bagi satu french kiss kat makcik tu, eh silap! Aku senyum kat makcik tu walaupun harapan untuk dia jadikan aku sebagai menantu adalah amat tipis sekali. Makcik tu senyum balik kat aku dan cepat2 alihkan pandangan ke luar tingkap bas. Harapan aku masih ada agaknya. Macam biasa dalam bas, aku layan lagu kat dalam henpon aku. Dan macam biasa jugak lepas 10 minit, lagu yang layan aku pulak. Tengah syok tido tu ada jugak aku tersedar. Aku toleh kat makcik sebelah aku, dia dok pandang je ke luar tingkap. Aku buat tak tau je, maybe dia tak sabar nak balik rumah lepas tu cepat2 jodohkan anak perempuan dia dengan aku kot.


Setelah hampir 4 jam journey, sampai jugak aku kat kluang ni. Aku terus call mak aku suruh dia tolong ambik aku. Dan tak lama tu dia sampai. "Hello mother, how are you today?" Saja aku cakap omputeh kat mak aku. Mak aku senyum je. Tenang hati aku tengok mak aku senyum. Tapi, senyum dia lama sangat. Aku tanya lah "mother, why you didn't stop smiling?" Mak aku pun jawab, "Kau ni buat malu betul lah, seluar kau tu tak zip!"




Gampang!!!




Terus aku teringat kat awek2 poli yang pandang2 senyum2 kat aku dengan makcik sebelah aku masa dalam bas tadi. Jatuhlah saham aku. Demmit!. Aku nak pakai tracksuit je lepas ni, tah payah nak zip2 bagai. Bangang punya orang yang reka seluar, ngada2 nak letak zip. Tak letak tak boleh agaknya. Pelik aku. Nasib baik aku pakai boxer. Bodoh.







P/s : Kepada makcik tadi, harap2 dia tak batalkan niat dia nak jodohkan anak perempuan dia dengan aku.


 
 

Tuesday, February 22, 2011

kelas ganti

tak sampai 5 minit kelas mata aku dah stim. mana tak nye, kelas malam, aircond bapak lah sejuk. dalam kelas pulak lecturer tengah ngajo pasal sampling design untuk questionnaire research kami.

lecturer : ok, sampling design ni terbahagi kepada dua ya. yang pertama non-probability sample dan kedua
              mestilah probability saaaammmmm....

student : pliiiinnnnggggg....   

lecturer : bagus. (rasa macam ngajo budak darjah tiga yang duduk kelas belakang-belakang) probability ni
              sama macam duit syiling, percentage untuk kita dapat head/tail berapa?

student : fifty perceeeennnntttt...

lecturer : ok, saya nak tanya. berapa percentage student lelaki nak dapat awek kat uniten ni? haa, jawab..

student : HUNDRED PERCENT SIR!!!!




buk! buk!
gedebuk!!!

lecturer aku hilang dari pandangan mata kasar aku yang tengah stim tadi. ke manakah dia?




oh, ok. dia terjatuh tergolek rupanya....



p/s : part yang tergolek tu aku kencing je, tapi dia memang betul nak tergolek lepas dengar jawapan kitorang..
       dan mata aku kembali segar sebab ketawa tak hengat dunia...

Friday, February 4, 2011

HTC = henpon terlalu canggih

aku yang sekarang dah tak macam dulu lagi
aku yang sekarang dah pakai henpon HTC




tapi bila dah sebulan pakai, sampai sekarang gak la aku tak reti2 lagi macam mana nk tukar ringtone dia..
nak sedekah jela henpon ni..




oh, tu baru cadangan je bang.. lupe nak bagitau awal2 tadi..

sape yang penakut?

baru lepas takutkan sorang budak pempuan kat dlm phone sampai dia takleh tido..
cute betul bila dgr suara dia marah2, merajuk kat aku..





ok. aku pulak yang tak boleh tido bila teringat balik ape yang aku cerita kat dia tadi..
jahanam sungguh !!

Thursday, February 3, 2011

tertipu...

pukul 11mlm.. (tengah rancak chatting)

awek : ehh, nanti kita sambung chat lg ehh.. dalam pukul 3pg i on blk.. nak tengok movie jap..

pakwe : ok :-) have fun





pukul 3.54pg

tertidur depan laptop..
shit!!! kena tipu

Tuesday, January 25, 2011

what a bad, bad day....

okeh.hari ni isnin.bukan pak senin kat belakang umah mak jah jiran makcik gua kat batu pahat tu. (ade ke??) ntah gua pun tak berapa nak sure sebenarnye sebab gua rase belakang umah mak jah tu nyonya.yang gua tahu dari kecik sampai beso ni tak goal2 lagi nyonya tu...

bukan pasal pak senin, mak jah, dan jugak nyonya yang gua nak cite.hari isnin ni memang hari malas gua sebab weekend memang best gua bantai tido sampai petang, tup tup bila isnin datang je nak kena bangun pagi pegi class...haihhh...

tapi, isnin kali ni memang gua rasa semacam je.semangat rajin nak pegi class tu dah semestinye ade dalam diri gua.gua mandi punyelah slow2, siap2 nak pegi makan dengan housemate gua, aiman dengan zuel.lepas makan barang sepinggan dua gua terus chow pegi class.


class human resource research.. (lecturer En. Suhaimi Sudin) budak2 ni selalu panggil SS.gua pun tak tahu ape maksud die.sayang salmah kah? ntah gua pun taknak amek port pasal tu.

class die memang terbaek pada gua sebab tiap kali class die memang bagi mata gua layan macam angin sepoi2 bahasa scandinavian lalu je kat mata gua.dan yang paling syok,kalau die bagi tutorial dalam class, memang selalu gua je yang kena buat kat depan.(okeh, yang ni memang betul2 buat gua hangin) ntah ape ntah nasib gua je yang kena.budak2 yang selalu dok berbual kat depan tu tak nak pulak die panggil.bukan pay attention pun diorang tu.dok bergossip je bila siti nurhaliza nak beranak lah,macam mana yuna pakai tudung tak tercekik masa makan lah.aku yang dok diam2 kat belakang tumpu perhatian die panggil.

tapi takpe,dah memang gua ni kena maintain cool je walaupun satu habuk pun gua tak paham mase die ajar tadi.konon2 camera ade kat depan gua la ni.so, gua pun pegi la depan amek marker pen,standby nak tulis kat white board tu...

En. SS : okeh, saya nak awak draftkan macam mana awak nak buat questionnaire awak untuk research awak nanti.


Gua : okeh, done.ni draft saya.


En. SS : awak terangkan kat saya ape yang awak tulis tu.


Gua : Errr, yang ni macam ni... yang tu pulak macam tu... bla bla bla ~~~


En. SS : awak baca tak journal2 yang awak cari???


Gua : errr,, baca sir.. tapi tak berapa nak ingat semuanya.. banyak sangat yang saya baca..


En. SS : owh, yeke?? kalau macam tu, Coffman & Gallup tu, Gallup tu orang ke ape?


Gua : (dengan confident level yang tinggi) mestilah orang sir.. kalau bukan orang macam mana pulak die nak buat research (gua dah mula nak marah sebab die tanye soalan budak tadika gua rase)


En. SS : banyak lah awak. Gallup tu nama company, Gallup Institution. lagi mau kelentong saya ke??!!! awak memang tak baca kan journal awak??


Gua : errr.. errr...


hari tu memang hari malang gua.habis satu class bantai gelakkan gua tanpa belas kasihan dan tanpa memikirkan tentang hati dan perasaan seorang insan yang lemah di dunia yang penuh kezaliman ni.sebab time ni la diorang nak balas dendam kat gua.selalunye kalau orang lain yang kena memang gua la yang bantai gelak sampai nak terkeluar air mata.habis merah padam muka gua time tu.






ni yang gua rasa nak balik rumah cepat2, letak kepala gua kat peha mak gua, sambil mengadu nih!!

tetibe gua rasa seminggu ni lambat je bergerak sebab gua nak balik midterm break ni, main kejar2 dengan anak sedara gua, Azhad dengan Aina..

                                                               *aina*   pic azhad
                                                                  takde sebab die
                                                            tak suke amek gambar

Monday, January 10, 2011

bz.. bz.. bz... ZZZzzzzzzz....

Aku bz gila bila dah masuk sem baru nih.. Takde mase nak update entri baru, sori sgt2.. Kalau nak cite satu-satu mmg berkurun la nak abis.. Malam td pun tdo lambat sebab perform utk program hostel Harmoni anjurkan.. Program tu abis pukul 1 lebih aku rase sebab lupe la pulak nk pakai jam..Minggu depan ada lagi utk seminar personaliti yg budak2 Human Resource organize (aku kena perform acoustic + jadi model tema modern dinner).. mmg cilake!

Tadi pulak awal gile aku bangun ari ni.. (pukul 4)

Bangun2 je aku bukak aku punye fesbuk. Tengok2 si dia tgh online gak. Haishh, aku mmg dah lame minat kat dia ni..  Ape lg, aku pn chat la dgn dia.

aku : hye, tgh watpe tu?

dia : hye, tgh online la.. takkan sidai kain pulak kt fesbuk ni..

aku : (ye tak ye gk, apsl la bengap sgt aku nih) oh, yeke.. tak blk umah ke weekend ni??

dia : tak.. eh, smlm sy tgk awk perform kt Gemasiswa Harmoni.. sy dtg dgn kwn sy..

aku : yeke? alamak, segannya sy awk dtg..

dia : hahah.. apesal? awk neves ke? dah la perform tgk bwh je.. tak tgk crowd..

aku : sy memang neves depan crowd.. apesal awk tak cakap awk nak dtg.. kalau sy tau sy tgk awk je (knon nk try pancing)

dia : HAHAH (gelak jahat agknye) manela sy tau awk neves.. kalau sy tau sy dah jerit name awk dari bwh dah, so, boleh la awk tgk sy jek (aik?? dia pulak pancing aku balik??)

aku : aik?? biar betul awk ni..

dia : sy gurau je

aku : (cilake) hehe, takpe2 (cool la tu) eh, awk bila nak bg no tepon awk kat sy? (pancing lg, selagi boleh!!)

dia : nak buat ape?? mintak la depan2

aku : segan la, kang kwn2 awk nmpk mati sy kena bahan..

dia : hihihi (ketawa comel) ni no sy xxx-xxxxxxx

aku : (yes!!!) heheh, ok thanks..




Haa, mcm ni la tackle awek.. Kena Ikhlas, dan yg penting pandai susun ayat.. Ni tak.. "awak2, awak ade no tepon tak?? sy nak no tepon boleh tak??"

Ape punye soalan la.. Zaman sekarang mesti la orang dah ade no tepon sebab dorang pakai henfon.. Sape yang takde henfon tu tipu sgt la sebab henfon tu dah jadi satu keperluan sekarang ni..

Adoiyai.. (bak kate Nabil)...